Sakura



Ibarat sakura,
sucinya engkau tiada bandingnya.

Seperti embun yang menitis,
jatuhnya air matamu yang tertitis,
kerana
kau tangisi kehilangannya.

Pedih di hati, 
terukir di wajahmu,
yang sentiasa sayu
lalu kau diam membisu.

Ibarat sakura, 
yang gugur jua akhirnya,
kau jatuh dan tidak mampu lagi,
untuk bangkit dan berdiri.