Semalam,
aku terluka.

Semalam,
aku dipijak.

Semalam,
aku dihina.

Semalam,
aku diherdik.

Semalam,
aku dicela.

Semalam,
aku disepak.

Tapi itu semua
hanyalah kisah semalam.

Hari ini,
hari esok,
hari-hari akan datang ---


sudah tiba masa untuk aku
bingkas bangun
dan terus bangun
bangun terus dan mara ke hadapan

biarkan mereka
biarkan mereka di belakang ---

kerana aku masih bisa bangun
dan masih mampu
untuk menggapai
bintang di langit sana

itu sudah cukup bagiku
jadi
biarkan mereka
biarkan kisah semalam
terkubur di dalam hati yang sengsara

kerana esok pasti ada
bintang yang bersinar
buat aku yang sedang berduka.