Perempuan Hitam



Di lorong gelap itu
ada satu perempuan
luarannya nampak gelap
sehitam jiwanya
perempuan hitam itu
berjalan tanpa arahan
meniti masanya yang malap
kerana awan hitam mengejarnya
sesungguhnya perempuan itu
tersungkur di tangan syaitan
menunggu saat jiwa direntap
melihat tangan mencarik nyawanya

dan perempuan hitam itu
adalah aku.