Topeng




Topeng itu dibuka lalu dicampak ke tepi. Si dara memandang ke luar lalu senyuman sinis muncul di bibir mungil yang basah dengan tipu nista.

"Hari ni aku berjaya lagi. Hari ni terbukti kebolehan topeng sandiwara ni."

Ya, topeng yang di beli melalui kebolehan berbicara itu sungguh berguna taktala si dara ingin menabur janji palsu, mencuri wang ringgit tanpa disedari si mangsa, yang sudah terpedaya dengan topeng kasihan di muka si dara.

Heh, sudah-sudah la pakai topeng kau tu. Kami di sini tahu benar niat celaka di hati kau. Buang topengmu dan terjun kubur saja, kalau hidup kau hanya tahu menipu.